Dalam hadith ada dinyatakan "Katakanlah baik atau diam."
Apabila seorang pasangan ingin berkomunikasi, intelek perlu dimaksimumkan dengan baik bersama emosi positif. Kesannya, perkataan baik akan keluar atau kalau ia akan menyakitkan hati sesiapa, maka diam adalah lebih baik dengan asas percaya Allah dan hari akhirat.
Tidak perlu keluarkan perkataan kalau tidak pandai mengeluarkannya atau khuatir ia akan menjadikan sesuatu itu lebih buruk.
Ketika sesuatu itu jelas baiknya, cakaplah.
Kalau sesuatu itu tidak jelas baiknya, diam.
Kalau pasangan balik keletihan atau dalam keadaan bermasalah, manakah yang baik ? Diam. Diam akan memberi kekuatan emosi kepada suami atau isteri yang sedang bermasalah atau keletihan. Tidak perlu ditambah dengan pelbagai perkataan yang membebankan lagi.
"Sesak le jalan tadi," kata si suami.
Isteri biasa akan membalas, "Sesak di mana ? Ada sambutan apa-apakah hari ini?" Si suami akan makin merana.
Isteri A+ akan diam. Beliau tahu beban emosi sang suami, maka ia diringankan dengan DIAM.
Jika si isteri perlukan perkataan yang baik, katakanlah. Jika sang suami belum lagi belajar perkataan yang baik, DIAM.
Jangan asyik tidak jelas, si suami asyik DIAM.
Jangan asyik ingin menyapa, si isteri asyik BERCAKAP.
Tengoklah DIAM atau BERCAKAP itu mendekatkan diri pada Tuhan serta dekat dengan syurga atau tidak.